AsShams Travel & Tours

Tentang AsShams

AsShams Travel & Tours atau lebih dikenali sebagai AsShams adalah sebuah agensi pelancongan tempatan dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. AsShams telah ditubuhkan pada April 2008, dan telah melalui proses penjenamaan semula pada tahun 2016 dengan membawa imej yang lebih komersil, korporat dan profesional. Melalui penjenamaan semula ini, AsShams telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baharu seperti Perkhidmatan Pengurusan Jemaah Umrah (JomUmrah), Perkhidmatan Pengurusan Percutian Tempatan & Antarabangsa Mesra Muslim (Muslim Travel) serta beberapa perkhidmatan lain seperti pengurusan aqiqah & korban, pengurusan upah haji, sewaan kenderaan dan portal jualan online. >> Baca lagi <<

AsShams telah diiktiraf dan didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (No.KPL/LN:5524) serta telah menjadi ahli Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia atau MATTA (No.Keahlian:3080). AsShams turut dianggotai oleh beberapa teraju utama yang berkemahiran dalam pengurusan pelancongan, pemandu pelancong yang berpengalaman luas serta mempunyai wakil-wakil agen di setiap negeri. AsShams juga telah berjaya membuka cawangan tunggalnya di Johor Bahru dan kini merancang untuk melebarkan lagi sayap perniagaan dengan membuka lebih banyak cawangan, menambah wakil agen serta mendapatkan khidmat pemandu pelancong yang mahir untuk mengukuhkan lagi jenama AsShams dalam industri ini.

Visi & Misi

Visi kami adalah untuk menjadi sebuah agensi pelancongan utama di Malaysia menjelang tahun 2020.

Misi kami adalah untuk:
» menyediakan perkhidmatan pelancongan 'Mampu Terbang' kepada semua golongan masyarakat;
» mengamalkan sikap profesional dalam pengurusan dan perkhidmatan;
» menberi keutamaan dan fokus sepenuhnya kepada keselesaan pelanggan; dan
» menyumbang semula kepada pembangunan masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan pengalaman.