Kami Bawakan Dunia Dekat Kepada Anda

We Bring The World Close To You

Motto yang tepat bagi menggambarkan matlamat kami. Memberi pengalaman dan memori indah dengan membawa anda dan keluarga ke destinasi yang diimpikan adalah menjadi keutamaan kami. Merasai sendiri cuaca bermusim di Jepun, menikmati pemandangan indah di New Zealand, meraikan cinta di Korea, minum petang di Paris, mencari ketenangan jiwa di Kota Suci Mekah, semua ini dan banyak lagi destinasi yang mungkin belum pernah anda lawati kini bukan lagi sekadar anganan. Kami akan realisasikan impian anda.


Lakukan Ibadah Dengan Selesa dan Tenang

Melalui pakej-pakej JomUmrah, kami sedia menguruskan semua keperluan asas sepanjang umrah dan ziarah anda di Tanah Suci Mekah dan Madinah supaya anda dapat menyempurnakan ibadah Umrah dengan selesa dan tenang. Pelbagai pakej ditawarkan mengikut citarasa, kemampuan dan keselesaan anda.

Penat Dengan Rutin Harian?... Jom Bercuti

Melalui pakej-pakej Muslim Travel, sebut saja anda mahu ke mana, kami akan bawa anda ke sana. Tenangkan fikiran, rehatkan badan, nikmati keindahan dan terokai budaya dan kehidupan masyarakat dunia. Melawati tapak bersejarah, tempat membeli-belah, alam semulajadi dan pelbagai lagi destinasi menarik.

Kenapa Anda Harus Memilih AsShams
Sebagai Teman Kembara Anda?

Berjalan di bumi yang asing bagi kita memerlukan teman yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang destinasi yang dituju untuk memudahkan perjalanan, memberi keselesaan dan kemudahan serta dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang perjalanan. Di AsShams, kami berpengalaman lebih daripada 5 tahun, menjelajah segenap pelosok dunia, mempelajari adat dan budaya masyarakat setempat serta mengurus keperluan sepanjang berada di destinasi yang dituju.

Untuk Semua

Dari pakej backpackers hingga kepada yang pakej eksklusif, kami menepati setiap citarasa, impian dan kemampuan semua golongan masyarakat dan peringkat usia.

Rangkaian Luas

Dengan lebih daripada 30 agen di seluruh negara, melalui media sosial dan website, anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat dan konsultasi secara percuma, mudah dan cepat.

Eksklusif

Kami sentiasa memastikan setiap pakej percutian dan umrah kami adalah eksklusif dan terhad bagi membolehkan kami memberi fokus yang penuh kepada keselesaan setiap pelanggan.

Mesra Muslim

Perkhidmatan kami adalah mesra muslim di mana waktu solat diutamakan, pergaulan bukan muhrim dijaga, penginapan diyakini dan hidangan makanan adalah halal dan toyyidah.